untuk tulis mengenai perkara ini, amatlah payah. sebab aku takut juge nak melangkah ke hadapan (which means ke degree). kira aku ni budak penerapan je pun. bukan budak dari lulusan STPM mahupun dari Matriks or Asasi. sedih juge nak tinggal kan diploma. tapi sedih juga nak tinggal kan kawan kawan diploma uitm segamat.
1 tahun setengah diploma in accountancy =)
kalau fikir kan balik. ini peluang yang aku dapat. Tuhan tu berikan aku rezeki dan peluang keemasan untuk seorang pelajar. Alhamdulillah. aku dapat tawaran ke degree (penerapan) on March 2012. aku serius cuak. pada mulanya, memang aku TAK NAK pergi. account aku tak hebat mane pun. tapi aku cuba je lah sebaik mungkin. semalam aku memang ingat nak patah balik.. aku keep thinking. think and think... famili aku merupakan supporter aku... mereka banyak bagi kata kata semangat supaya aku ke degree. banyak nasihat dan pendapat aku dapat. tapi aku still tak dapat buat keputusan. sehingga satu masa, aku click "daftar". even aku rasa aku masih takut. aku cuba juga. yang penting, aku kena set kat otak aku, "aku boleh buat". aku taknak fikir negative even selalu buat aku fikir yang bukan bukan.
kawan kawan sekolah menengah mahupun kawan kawan di universiti. mereka ada bagi pandangan atau pun nasihat kepada aku. ye... mereka sume dah dewasa. dah boleh berdikari. aku suka gak tengok diaorang ni. tapi, aku tetap tak boleh buat keputusan. mereka kata "pergi". and aku selalu balas balik, pergi mana? haha.. sebab aku ni umpama yang traveller, yang ada dua jalan.. satu jalan pendek and satu lagi jalan panjang.
kalau aku pergi jalan pendek, banyak sangat cabaran dan halangan nya. tetapi cepat sampai. mungkin cepat, tetapi risiko nya tinggi. takut terkandas.
kalau aku pergi jalan panjang, jalan yang banyak cabaran dan halangan tetapi lambat sampai. orang kata, biar lambat asalkan selamat.
korang faham faham sendiri la eh apa aku cuba sampaikan. mungkin aku pergi ke degree ni untuk mencuba perkara yang sama, cuma environment yang berbeza. banyak sangat entertainment. kata kakak aku, kene cut duit expense ni. takut banyak main. haha. aku pun takut juga jadi "culture shock". padahal aku asal di bandar. cuma nak study di bandar ni banyak sangat syaitan di kiri dan kanan. study ni ikut diri sendiri lah bukan orang lain. kalau usaha, mesti boleh. dengan izin Allah. jangan nak menyalahi sesiapa. terpulang pada diri sendiri. keputusan ada di tangan. dah besar kan. dah boleh pikiaq sendiri. ceh, macam nak kahwin tau bila buat keputusan ni. aku pun tak sangka susah nye nak buat keputusan. kalau nak kahwin macam mana pulak nanti? haha. takkan nak tanya kawan pulak? hahhaahhahaa.
kawan? hopefully Bieha and Hawa dapat perform dengan baik untuk diploma korang. aku wish korang berjaya di dunia dan di akhirat. tak lupe juga kat Miera. haha. ala. kawan sepermainan badminton sem lepas tu. haha... aku harap korang sume berjaya and don't ever forget me, (kalau korang tak ingat, takpe lah... aku akan sentiasa ingat korang). love you all.
It was a high counsel that I once heard given to a young person, "Always do what you are afraid to do." ~ Ralph Waldo Emerson
❤ Fatin Nadia Hamzah ❤
Love you a lot.
Love you a lot.
No comments:
Post a Comment