About Me

My photo
hyehye readers!.This is my official blog to update anything including about my life. and you can be my friend too. :)

Tuesday, 24 May 2011

Mendaki Broga Hill

Assalamualaikum sekalian,

Hari ini, tepat jam pukul 3.30 pagi fatin sudah bangun pagi.. Terus menuju ke bilik mandi. Mandi dan bersiap. Abangku, Ahmad Farhan juga sudah bersiap sedia untuk bertolak ke Bukit Broga. Mak Mah telah menyediakan makanan untuk kami. Nasi Goreng yang agak pedas. Bekalan untuk kami ketika berada disana. Untuk pengetahuan semua, fatin daripada Ampang melalui lebuhraya Sungai Besi sampai di persimpangan ke Kajang. dari situ memerlukan dlm 30 minit hingga 45 minit untuk sampai, jika anda tahu ke Broga Hill. Fatin memang tidak tahu. follow kereta kawan abang je. hehehe... 

ketika sampai di destinasi kami, bermula dengan ladang Kelapa Sawit . kami meletakkan kereta dahulu. senang cite parking the car! hehe... memang gelap gelita ketika kami sampai. waktu tu pada pukul 4.45 pagi, kalau tak silap fatin. Alhamdulillah, kami mempunyai kawan baru yang sama mahu mendaki bukit broga. jadi, kami bersama sama mendaki bukit broga. Thanks guys! Nama nya Haziq dan Angah. so diaorang menjadi our juru pandu. sebelum ni, fatin pernah mendaki gunung di cameron highlands. but dah lupa la nama gunung tu. mendaki bukit broga bagi fatin, tahap nye low la. kalau nak dibandingkan gunung. orang yang selalu mendaki..mesti kata, bukit broga tak adventure mana lah. yup! terpulang pada kalian semua nak cakap. bagi fatin, it's okay! then, disebabkan sudah terlalu ramai yang sudah mendaki Bukit Broga. senang untuk mendaki. so guys yang belum pernah mendaki, just hanya follow kesan jalan orang ramai. di samping tu, kita kena berhati hati. Tuhan tu berkuasa. kita tak tahu ape akan jadi kalau tak berhati hati. eceh... bagi nasihat la pulak. hehehee... mendaki bukit broga mengambil masa dalam 45 minit untuk pengetahuan anda semua. tapi kalau banyak kali buat pit stop, memang lambat lah sampai kan. so, jangan paksa diri. just take your time. 

untuk mendaki bukit broga, bagi fatin tips yang pertama kalau tak nak rase terlalu penat. jangan minum time mendaki kalau boleh. fatin cakap kalau boleh. sebab , kalau asyik minum je. badan akan rasa berat sikit nak mendaki. so, fatin lebih menjaga pernafasan ketika naik bukit dan tak minum air sampai lah ke puncak. Alhamdulillah , fatin dapat melakukan nye even memang penat. adventure ke or tak adventure, still rasa penat kan. hehe.

Ketika sudah sampai di puncak Bukit Broga, ada empat stage. kata Abang Haziq dan Abang Angah. yang first stage pun dah best! serious fatin cakap. then, second third and fourth biasa je. so, mendaki lah anda semua stage. bila dah sampai first stage, nak ke stage yang laen, dah landai lah. tak lah curam mana. memang best sangat lah. fatin sampai di puncak bukit broga pada pukul 5.45 tak silap fatin. tak ingat lah. Indah nye pemandangan yang diberi Allah. =)

okay. peralatan yang dibawa ketika mendaki,

1- torchlight. (fatin rasa wajib bawa, kalau tak dalam gelap gelita tu macam mana nak jalan.
2 - air. (fatin cadangkan bawa air masak or air mineral, then air 100 plus)
3 - kain lap peluh. (hah, macam mandi peluh la nanti)
4 - camera (babe and guys, dah naik bukit. kena lah bawa. sebab ada masa ke nak naik bukit sampai banyak kali. at least, sekali seumur hidup kena lah ada kenangan mendaki bukit broga)
5- pakaian yang sesuai. (pakai track bottom pun boleh, t-shirt, jaket pun boleh, kasut sukan) fatin pakai seluar jeans je. and jacket. nasib la tak kotor. i can handle it.

banyak gambar yang ditangkap, tapi tak sempat nak upload. insyaAllah, fatin akan cuba upload nanti di masa lapang. hehe. so everyone, try lah mendaki bukit broga. memang best. tak rugi. at least try sekali lah mendaki bukit ke gunung ke ketika muda ni, ada kenangan sikit. heehehe... Best okay!

* nak try ngan kawan kawan, tapi tak tahu lah bile kan. hehehe... =) teringat dulu waktu form5 try mendaki gunung di cameron. best, dan penat giler2... haha. =)

No comments:

Post a Comment