Assalamualaikum sekalian,
Hari ini, fatin bertemu dengan si dia. yup. my bf. (bukan nak show off, just nak bagi tahu je) kita orang planning nak tengok wayang bersama sama. dah lama tak tengok wayang dengan dia. fatin sengaja acah dia, "kita tengok Nur Kasih eh?". dia pun berkata, "kenapa tak nak tengok Pirates?". fatin pun cakap, " kan fatin tengok dengan siblings". so, dia pun diam je. aku pun menuju ke Galaxy Ampang. kita orang biasa nye tengok wayang kat MBO. sebab dekat je. hehe. selepas itu, kita orang tengok lah jadual showtime dia. cun cun je time sampai kat mbo, 3.30. Nur Kasih pukul 3.30. wah, aku pun cakap dengan dia. "Nak tak tengok Nur Kasih?" dia pun cakap, " okay lah". betapa aku agak terkejut gak lah. sebab dia tak argue. biasa nye memang kitaorang argue kalau cerita melayu. sebab dia tak suka sangat cerita melayu. hehe. sejurus itu, kitaorang terus masuk panggung. cerita baru nak start.
mula mula cerita, memang terfikir. Ayu Raudhah tu dah meninggal? nak tahu gak sebab ape kan. sabar je. Aidil tabah selepas kematian isterinya, dan mempunyai dua cahaya mata. Satu lelaki dan satu perempuan. sweet sangat. haha. aku feeling feeling ke? not yet!
cerita Adam dan Nur, ingin kan cahaya mata. akhirnya, Nur mengandung. gembira nya satu keluarga. Adam, Aidil, Mak Mertua Nur, dan anak anak Aidil apabila mengetahui Nur mengandung. Nur terlalu gembira, begitu juga Adam. memang sweet sangat tengok Remy Ishak dan Tiz berganding. memang sesuai. tetapi, setelah itu. kehendak Allah..Nur tiba tiba keguguran. mereka diselubungi kesedihan yang teramat.
untuk menghilangkan ksedihan, Adam dan Nur pergi ke Tanah Suci. Rumah Allah. dan bercuti di Jordan. ketika mereka berada di sana, malang yang menimpa. menguji Adam dan Nur. apa yang fatin lihat, Nur amat tabah menjadi seorang isteri. malah isteri yang soleh. menunggu kepulangan suami nya dan mencari Adam di merata rata tempat. suci nya cinta mereka. Datangnya Aidil, menolong Nur mencari Adam di Jordan sampai jumpa. Tekad mereka berdua akhirnya Adam ditemui.
Mereka pulang ke Malaysia. dan mereka diberitahu oleh doktor, bahawa disebabkan kemalangan suatu ketika dahulu di mumbai, "benda" yang berada di hati Adam makin menghampiri jantung Adam. doktor menyatakan boleh membawa maut. Jadi, Nur mencuba treatment yang disyorkan oleh doktor tetapi masalah kewangan menimpa. Nur bekerja keras disamping mengandung. Berita Nur mengandung balik dari Malaysia menyebabkan semangat Adam makin meninggi. Keinginan seorang suami mempunyai zuriatnya sendiri. syukur pada Tuhan.
selepas beberapa bulan, Adam menyatakan kepada Nur, yang Adam sudah "bersedia". Nur sedih tetapi apakan daya kuasa Tuhan yang mampu merubahkan segala galanya. di samping itu, Aidil menggantikan Adam di Kelab Remaja (tak ingat kelab apa). mengajar anak anak muda mendekatkan diri dengan Allah. Adam amat rapat dengan para pelajarnya. jadi, salah seorang pelajar yang rapat dengan Adam, amat sedih dengan keadaan Adam. "kenapa orang baik, selalu pergi dulu".. kata pelajar itu. Kelab Remaja ini dikhaskan untuk anak anak muda yang ingin mendekati Allah dan pernah terlibat masalah masalah sosial. jadi, Adam cuba membantu mereka kembali ke ajaran Allah.
ketika Aidil pulang dari Kelab remaja, Aidil terserempak dengan pelajar Kelab Remaja (perempuan). dan pelajar itu menyatakan sesuatu yang dia beritahu kepada ex bf bahawa Aidil merupakan bf baru nya. (macam tu lah yg aku faham). tiba tiba, ex bf pelajar itu datang menyerbu dan mebawa konco konco nya. berlaku pergaduhan dan Aidil dibelasah oleh anak anak muda itu. dalam masa itu, seorang pelajar yang amat rapat dengan Adam melalui kawasan itu, dan menolong Aidil. tetapi ex bf pelajar itu telah melampaui batas dengan menggunakan objek besi yang panjang dan memukul pelajar yang sedang cuba menyelamatkan Aidil. Kehendak Allah, pelajar tersebut meninggal dunia dan dalam masa yang sama Adam dimasukkan ke hospital kerana tidak dapat bernafas sepreti biasa. Aidil yang ternampak Nur, memberitahu bahawa Adam mempunyai penderma. iaitu pelajar yang rapat dengan Adam.
Adam bersyukur Allah meberinya peluang untuk hidup. Hidup hingga ke tua. Penghabisan cerita ini, amat menarik. Adam, Aidil dan Nur yang sudah tua. pelakon pelakon veteran. Adam akhirnya meninggal dunia ketika sedang melukis pemandangan di kampung. Nur mempunyai anak lelaki yang sudah besar. pelakon nya, Zain ruffedge. nampak macam iras iras la dengan Remy Ishak. hehe. Nur gembira di samping satu stau nya anak nya dengan Remy Ishak. ~ the end ~
apa yang fatin boleh katakan, cerita yang sama je . Cerita Melayu. Best. tapi agak terlalu biasa. Menangis tak tengok cerita ini? fatin boleh nak nangis, tapi tak nangis lah. sebab tak menusuk hati sangat. (ok, people mesti cakap hati aku ni keras mcm batu, ke apa?) hahahaa... serious, cerita nya memang best tapi biasa. so, people yang minat cerita Melayu pergi lah tengok. boleh tahan lah... (dengan nada yang agak gedik). hehehe... yang tak suka cerita melayu pun, try lah. tunjuk kan anda menyokong filem2 or cerita2 tempatan. okayssss!
* sayang, cinta, suka dan duka, malah dugaan menimpa. itulah lumrah kehidupan seorang manusia. ambil iktibar dan pengajaran yang baik dalam cerita ini. Cintakan Allah lebih daripada segala galanya. Jangan bersedih dengan dugaan yang menimpa, pasti ada hikmah disebaliknya. =)
No comments:
Post a Comment